SUDUT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
Sudut EKSA merupakan medium komunikasi yang perlu disediakan bagi memberi maklumat terkini dan untuk menghebahkan aktiviti berkaitan Amalan EKSA kepada warga Politeknik Mersing bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Amalan EKSA. Sudut ini merupakan elemen penting yang diambilkira dalam pengauditan Ekosistem 5S.
APA ITU 5S?
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
TUJUAN PENJENAMAAM EKSA
· Memenuhi keperluan semasa
· Meningkatkan persaingan antara agensi
· Identiti sendiri
· Kekal relevan
· Imej baharu
Objektif penjenamaan semula
· Imej korporat
· Persekitaran kondusif
· Kepelbagaian agensi
· Kreativiti dan inovasi
· Go Green
Kriteria penilaian auditan eksa
· Keperluan utama pelaksanaan
· Ruang tempat kerja / pejabat
· Tempat umum
· Keselamatan persekitaran
· Kawasan persekitaran pejabat
· Tempat khusus